Tuesday 2 September 2014

Highway LEKAS

Assalamualaikum,

Mesti ramai duk pikir, apa kena mengena TAJUK entry kali ni dengan aku.. huhu.. sebenarnya aku nak kongsi cite lain, tapi di sebabkan kejadian ni baru je berlaku, beberapa hari yang lepas, so aku amik kesempatan utk kongsi cite ni sementara ianya masih "panas" lam kepala otak aku nih..

Ceritanya mcm ni.. 1hb Sept 2014, aku ada tournament snooker kat Balakong, alhamdulillah walaupun tak la seterer Ronnie O' Sullivan maupun Jimmy White, aku dpt melayakkan diri hingga ke Top 8 dalam liga satu tersebut. Nak di jadikan cite, tournament start kul 10.30 malam, dan perlawanan berlangsung selama 3 jam (BEST OF 5 frame), aku menang 3-2.. Lawan aku adalah cina, Tan apa tah nama dia.. tak ingat.. Beliau ni mmg otai la, tp nasib menyebelahi aku.. Aku menang game tu.. So overall, game abis kul 1.30 pagi.. Da abis, duk borak2 ngan member2 lagi kat situ, sampai la kul 2 lebih..

Bila aku tgk jam da 2.20pg, aku da tak sedap ati.. Sebabnya, aku kena balik ke Seremban balik malam tu jugak, sbb bini aku berpantang kat sana, and aku da janji, mcmana lambat pun aku akan balik.. So cepat2 aku mintak diri, sebab nak mengadap Highway LEKAS pepagi ni ishhhhh.. Dah la gelap, bukan sepanjang jalan ada lampu..

So, aku pun bergerak la sepantas yang mungkin, smp tol pertama highway LEKAS da nak dekat kul 3.00pagi.. Time yang mmg paling aku takut, ni sume gara2 cite "THE EXORCISM OF EMILY ROSE" wakakakakkaka.. Lepas je persimpangan NILAI-PAJAM, jantung aku berdegup laju, tatau kenapa, and tiba2 jugak ada satu haruman seakan-akan minyak atar menusuk ke lubang idung aku.. Wangiiiiii.. Dan dgn itu jugak, aku tak pandang kiri kanan depan belakang dah, tegakkkkk kehadapan hahaha.. Aku tgk meter kereta time tu dah 190kmh, tp rasa mcm lama je nak smp ke tol seterusnya.. Selalu tak smp 15min kalau dr persimpangan NILAI-PAJAM tu nak ke next tol.. Bau semerbak tu masih ada, tp da tak kuat mcm mula2 td la.. Nak kata antu, keta aku tak berat, mmg laju aku bwk time tu, tak terasa pun mcm ada bebanan, tp cuma tu la.. Perjalanan tu rasa mcm jadi jauh.. Ibarat aku dr tol kajang lak nak smp ke tol lagi satu tu.. Wife aku pun tanya napa lambat.. Bukan jauh pun dari balakong nak ke Seremban.. Kalau jem paling lama 45min.. Kalau tak jem, dengan kelajuan mcm tu, 20min leh sampai.. Huhuhu.. wallahualam.. aku malas nak pk byk2.. janji aku tak nampak apa2 yang menakutkan.. Cuma bulu roma tegak setegak tegaknya la bila tetiba bau harum lam keta..

Adakah aku "termasuk" jalan "lain" waktu aku memecut 190kmh tu?? Hanya Tuhan saja yang tahu.. aku tanak amik tau.. sbb nanti aku jd lagi takut hahhaa.. Ok la.. setakat itu sahaja cerita yang bole aku kongsikan kali ni.. Nanti bila ada masa terluang lagi, aku share lagi apa yang patut eh.. Tu pun kalau korang rajin nak membaca la..

Assalamualaikum wbt...

Thursday 28 August 2014

Jadi bapakkkkkk

Assalamualaikum,

Ya Allah, bersawang dah diary aku nih.. Punya lama tak menaip.. Kot ada yang follow, mintak maaf sangat2.. Tak dapat nak kongsi cite2 yang aku rasa menarik di sebabkan dek kesibukan kerja yang teramat sgt..

Alhamdulillah, sebenarnya aku nak kongsi kegembiraan yang teramat sgt, arini tanggal 28 August 2014, dah genap 17 hari umur Putera sulung aku.. Isteri aku selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.6kg secara normal.. Penantian selama 4 tahun akhirnya sampai jugak giliran aku utk bergelar seorg bapa. Kejadian2 mistik masih lagi menghantui hidup aku seharian. Aku pun tatau la apa "menda" tu nak.. Kadang2 malas nak melayan pun ada.. tp terpaksa la hadap.. huhu.. Nanti la bila ada masa terluang, aku kongsikan kejadian2 tersebut..

Sekarang masih agak sibuk.. jenguk2 la selalu, bila ada masa nanti akan aku kongsikan.. Assalamualaikum...

Monday 19 May 2014

Puteri Citra Mastika

Assalamualaikum wbt,

Mesti ramai tertanya-tanya kan napa tajuk post aku kali ni tetiba nama Puteri.. Huhu.. dah nama pun cite dongeng, mesti la ada Puteri Raja hahaha.. Baiklah, citenya begini...............

Minggu lepas, aku tak ingat tarikh tapi yang pastinya, hari tu hari Khamis malam Jumaat..  Aku rasa aku mimpi, mcm biasa la, mimpi aku kan pelik2.. Baru la leh wat cite dongeng kat sini, aku bermimpi di datangi oleh seorang perempuan berpakaian kebaya putih dan kain batik.. Amat cantik sekali paras rupa beliau, walaupun bini aku pun dah cukup cantik kat mata aku huhu.. Dalam mimpi tu, beliau memperkenalkan diri sebagai "Puteri Citra Mastika", saja aku buh nama penuh, sbb YANG AKU TAU geng2 lama ckp diorg kasyaf huhu.. So kalau betul korang kasyaf, gi la seru supaya korang tau aku tak menipu.. Kalau kasyaff laa.. Takat sembang je baik takyah..

Ok, sambung balik..Mimpi ni tak panjang pun, ringkas jek.. Dia ajak aku kawin hahaha.. Gilo ko apo??!!!! Aku tolak dengan baik, aku ckp aku dah kawin, dah ada bini.. leh tahan gak la cantik, Putri gak nama dia..kerabat raja gak.. huhu.. Dia just senyum lepas tu dia jawab ''Takpa, jangan risau, akak tak marah la" sambil merujuk "akak" tu adalah bini aku.. Perghhhhh.. dah napa ajak aku kawin??? Bila pulak ko tanya bini aku??

Dgn tenang (lam mimpi leh la tenang, kalau nyata, aku dah lari dah wakakakakakaka), aku bertanya, "Tuan Puteri ni datang dari mana?" dia senyum lagi pastu menjawab "Tu" sambil menunjuk ke arah hutan.. Mak aiiiii.. ni antu ke, kak pon ke, jin utan ke, bunian nih? hahahaha aku terdiam seketika... Hati berbelah bagi ni.. mcm nakkkkk je, mcm tanakkkk pun ada gak.. Kang tetiba kuar taring mcm mimpi aku yang dulu kang, tak pasal2 jek... Tuan Puteri memegang tgnku, lantas menarik aku menuju ke arah hutan yang di tunjukkan sebentar tadi.. Aku menolak lg dgn baik..
Beliau tidak putus asa, lantas mengucup bibir aku yang merah bak delima nih chewaahhh wakakakkaa.. Yang ni aku tak tolak.. tetapi.... TIBA2....................

''Hubby...bangunnnnn..dah Subuh ni.. bangunnnn cepatttttttttttt!!!" Tu diaaaa, Tuan Puteri aku yang cantik jelita kejut suh solat.. Potongggg tul la wakakkakakakaka... Aku pun bangun solat subuh sementara isteriku bersiap2 nak gi keje... Lepas solat aku sambung tido, mana la tau kot ada sambungan ke kan ahahaha.. tp takda.. Aku bangun kul 9 pg, terpinga2 duk memikirkan kejadian semalam, mainan tidur ke?? Betul2 ke?? ishhh.. Napa laaa aku duk mimpi bukan2 nih..

Dah siap2 nak gi keje, aku pun kuarkan keta mcm biasa.. Akan tetapi, lepas tutup gate, sblm aku nak masuk keta aku terpandang bukit yang di penuhi pokok2 seakan hutan di penghujung deretan umah yang aku duduk... Aku tergamam, terkedu, terdiam, tertakutttt tetiba.. Mmmg bukit tu wujud dah lama pun, tanah persendirian, owner dia tanak jual.. Sebelum ni aku tak pk apa2 pun, tp bila tetiba teringat mimpi semalam, adakah "hutan" ni yang beliau tunjuk semalam... haishhhhh... Nauzubillahimin zaliq.. Harap2 la mainan tidur.. -The End

p/s: Yang mana ckp korang kasyaf tu, sila2 la seru ke, terawangan ke, tp aku tak bertanggungjawab, sbb aku tatau "beliau" tu apa.. Kalau Puteri Bunian, ajak la dia kawin hahaha.. Aku dah ado Tuan Puteri.. ada darah diraja gak.. so yang tak "nampak" ni aku tak berminat.. Sekian untuk kali ni.. Selamat menyeru... hahaha..














Friday 9 May 2014

Kena kacau lagikkkkkk!!!!!!!

Assalamualaikum wbt..

Kalau korang2 yang ada terbaca post2 aku sebelum ni, mesti korang terbaca yang betapa amannya idup aku setelah meninggalkan dunia mistik kan?? Tido pun senang kan?? Uwaaaaaaa... upanya ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tgh hari.. huhu bermadah la pulok..

Citenya begini, dua tiga hari ni, aku asik di ganggu oleh apa benda pun aku tatau.. Setelah sekian lama aku tak di ganggu, sepertinya "sensor" mengesan aku dah aktif kembali.. Malam semalam, semasa aku asyik melayan Movie kat laptop, ekor mataku terpandang susuk tubuh (tatau laki ke pempuan), berdiri kat sebelah katil.. Aku yakin mmg aku ada nampak.. Tapi aku wat tatau jek.. Lantak la, mungkin dia nak join tgk movie sekali kot hahaha.. Lepas tu, mungkin sbb "dia" perasan aku tak takut agaknya, dia gelapkan pandangan mata aku dr tgk movie tu.. Haishhhh.. ni kenapa pulak ni kata hatiku.. Aku terus amik parang yang mmg aku standby sebelah katil utk keselamatan diri kalau ada apa2 kejadian yg tak di ingini, aku hunus keluar dan aku ckp "KO KACAU AKU LAGI, DENGAN NAMA ALLAH, AKU SEMELIH KO GUNA PARANG NI" hahaha tererrr takk?? tererr takk?? dah la penakut, mcm bagus2 lak nak sound.. Alhamdulillah, terus aku tak di ganggu lagi..

Aku tutup laptop, sbb da takda mud nak tgk, mengacau jek.. Konon nak tido la, lgpun mata pun dah kuyu time tu.. Aku tidur mengiring mengadap isteriku yang mmg pantang letak kepala je, terus smp bulan.. huhu.. Sebaik hendak melelapkan mata, aku dapat merasakan satu "energy" yang sgt kuat dari belakang badan.. Tak pernah aku rasa AURA sekuat itu.. Aku palingkan muka nak tgk walaupun aku takut.. Haishh takda apa2 pulak.. Tapi sekali tu je la, aku pejamkan mata smp terlena, aku pun tak sedar bila aku lelap.. tau2 je dah pagi bini kejut suh solat Subuh..

Setelah solat Subuh, aku menyambung acara tidur aku balik.. Kul 10pg baru bgn, and puas aku memikir kejadian malam tu.. Kenapa?? apa?? siapa?? nak apa?? bermcm la soalan bermain di pikiran aku... Kenapa nak kacau aku lagi?? Aku dah tak mencari lagi.. And aku dah tinggalkan pun minat aku yang mendalam dalam hal berkaitan mistik ni.. Tapi, alhamdulillah, berkat mendalami ilmu agama di Jasin, membuatkan aku dah takda la penakutttt mcm dulu...Wat apa kacau aku lagi????? arghhhh aku dah tanak lalu sume tu dah..biar la aku idup ngan amannnn.. udah2 la tu, pi la cari org lain yang masih mencari, yang masih minat nak tau alam "korang"..

Hehe..malam ni balik Melaka, lama tak balik jumpa mak ayah.. Harap2 dapat tidur dgn tenang malam ni.. In Shaa Allah.. Sekian saja utk kali ni.. Ada lagi cite best, nanti bila aku free, aku type lah.. skang ni kojo melambak.. nak siapkan sebelum balik kampung.. huhuhu.. mgg depan la aku share ehh..

Assalamualaikum wbt.







Wednesday 30 April 2014

Undangan Ke Istana Raja

Assalamualaikum wbt,

Lama gak tak update blog, sebenarnya banyak kisah2 pelik aku nak kongsikan kat sini, tp di sebabkan kekangan masa, terpaksa la tunggu betul2 ada masa baru aku leh menaip dengan teliti.. huhu.. Sebenarnya, ada satu cerita yang belum aku kongsi kan kat sini.. So mungkin pada yang tak kenal aku melalui perguruan, agak susah sikit nak faham.. Mana yang kenal and penah ada dalam group merapu yang penah aku create dulu, mungkin tau sapa yang aku maksudkan..

Sebelum aku memulakan bicara, biar aku cite sikit pengalaman pelik aku sebelum aku teruskan dgn cite yang aku nak kongsi arini.. Beberapa hari sebelum aku join Kem Mistik yang pertama aku join di Gunung Berlumut, aku di datangi oleh "seseorg" yang menggelarkan dirinya Sultan Na*****n dari kerajaan bunian Pahang.. Nama kerajaan tak la pulak di bgtau.. apa tujuan dia dtg pun aku tatau.. Dia mengetuk tongkat yang di pegang ke lantai, sebyk 3 kali.. Selepas itu memberi salam jugak sebanyak 3 kali..Selepas aku menjwb salam, baru lah dia memperkenalkan diri.. "Assalamualaikum..Beta, Sultan Na*****n dari kerajaan bunian, Pahang".. Setelah itu, dia menghilangkan diri.. Aku rasa keadaan aku masa tu separuh sedar..Dan pada ketika itu, aku tidur di ruang tamu di temani oleh mak aku.. Ahhhh, mungkin aku bermimpi kot..

Keesokan harinya, mak aku tanya, "bunyi apa semalam mak dgr mcm ada org ketuk lantai??" erkkk.. aku diam seketika pastu jwb, "manada bunyik, mak mimpi kot" hahaha sambil gelak sambil aku rasa meremang.. bermacam persoalan yang ada di benakkku..sapa pulak yang datang semalam?? apa dia nak? bunian? jin? setan? kenapa aku?

Ada lagi kisah selepas cite tu, kang panjang berjela lak korang nak baca kan.. huhu.. berbalik kepada post aku kali ni.. Aku di datangi lagi oleh beliau, tp kali ni dalam mimpi.. Berpakaian sama seperti mula2 beliau memperkenalkan diri, memberi salam dan memperkenalkan diri lagi sekali, beliau mengundang aku ke istana beliau di Pahang.. "Assalamualaikum, Beta Sultan Na*****n berbesar hati mengundang Tuan Hamba ke Istana Beta di Pahang" sesudah itu, beliau terus ghaib.. Aku terjaga, terkebil-kebil usap mata.. Mimpi ke?? hishhhh...Tp persoalannya kat sini, mcmana aku nak pegi?? Tak pulak dia bgtau mcmana cara utk aku pegi.. kat mana?? Bilaaa??? Pahang tu dia ingat kecik ke?? haishhh tu la susahnya kalau mimpi.. kita mana bole plan apa kita nak tny.. Kalau bole plan tu bukan mimpi namanya kan?? Ke mimpi ni ada kaitan dengan mimpi jongkong emas aku aritu?? Haishhhh... pening2..

Setelah puas memikirkan dan takda kesudahannya, aku amik keputusan utk kongsi cite dongeng ni kat sini.. Korang nak percaya atau tak tu terpulang.. Aku pun tatau beliau yang hadir tu jin ke setan yang menyamar nak memesongkan akidah kita sebagai umat Islam.. Aku ingat da takda da mimpi2 pelik mcm ni haishhh.. Tingat kata2 seseorg kat aku dulu.. "Awak dah takda pilihan lain"... aku pun tak faham pilihan apa yang dia maksudkan..Hmmmm..apapun alasannya, aku dah nekad utk tinggal dunia mistik...Kot dia longgok emas bawah katil aku byk2 ke takpa la jugak wakakkakakkaa..Dunia mistik penuh tipu helah.. Golongan2 halus ni dah beribu tahun beribadat pada Allah, takat kita yang baru berapa puluh tahun idup ni, sappp sappp suiiii je diorg nak kencing..Permainan diorg ni sgt halussss..

Huhu.. sekian saja cite dongeng aku kali ni.. harap jangan menyampah pulak baca panjang2..Stalker2 pun leh baca gak.. takda hal.. jgn ko wat cite aku dah isim sudah... huhu... Rindu pada geng2 lama yang masuk air.. Semoga, kita dipertemukan kembali seperti dahulu kala..Aminnn ya robbal a'lamin..
Assalamualaikum..















Monday 28 April 2014

Jongkong Emas

Assalamualaikum wbt,

Sapa reti tafsir mimpi? hehe.. Puas aku duk godek2 kat google, mcm2 tafsiran yang ada.. 2-3 hari yang lepas, aku bermimpi, dah nak subuh da kot time tu.. Aku di bawak oleh sekumpulan manusia yang aku tak kenal sapa kat satu tempat. Perasaan sgt REAL, mcm bukan mimpi.. Diorg ada la dalam 10 org, berpakaian mcm biasa, takda yang pelik..

Setelah agak lama berjalan, kami sampai di sebatang sungai, aku di arahkan oleh salah sorang dari kumpulan tu untuk pergi ke tebing, dan tgk apa yang ada kat situ.. Alangkah terkejutnya aku, nampak sebahagian JONGKONG EMAS tertanam kat dalam tanah di tepi tebing sungai tu.. Dengan pantas, aku korek tanah di sekitar tu dengan harapan dapat bawak keluar sebanyak yang mungkin jongkong yang tertanam.. Aku hanya berjaya mengeluarkan 4 ketul JONGKONG yang aku rasa beratnya lebih dari 1KG..

Dan lebih memeranjatkan lagi, kat jongkong emas tu tertera cop 'YAMASHITA'.. Pelik kan?? Sampai kat sini, mimpi aku rasa mcm dah mengarut dah.. hahaha takkan la emas yamashita kot kan? Setau aku, emas yamashita takda cop nama dia pun..Ok, sambung balik.. lepas aku bwk kuar 4 ketul emas tu, diorg just senyum je.. Takda ckp apa pun.. Aku tanya nak buat apa lepas ni?? Sume diam je tak ckp apa kecuali senyummm.. Aku bungkuskan emas 4 ketul tu dalam kain, then lepas tu aku terjaga sebab azan Subuh.. Puas aku memikirkan mimpi ke betul2, sbb mmg sgt REALLLL, mcm aku bukan mimpi.. Alangkah indahnya laaa kalau jumpa betul2 jongkong tu kan.. Dapat seketul pun da jadi da.. Huhuhu..

Apapun, aku rasa mimpi tu just mainan tidur la kot.. Kalau petunjuk, moga di beri petunjuk kat mana aku nak kena korek wakakkakakaka.. Kompommm aku gi korek.. huhu.. Sekian untuk kali ni.. Bila aku senang, aku type la lagi apa aku nak type.. Kepada stalker2, pasni ko leh tunjuk lagi blog ni utk kesenangan dan kepentingan diri ko.. huhu Sapa??? Petang2 makan pengat, sendiri mau ingat.. Chowwwww and Assalamualaikum..

Tuesday 25 March 2014

Taksub

Assalamualaikum wbt,

Punya la lama tak tgk blog.. Dari pemerhatian aku ramai jugak yang singgah tgk blog aku yang tah apa2 nih huhu..Takda apa yg menarik pun yang nak di kongsikan.. Hanyalah secebis kisah kehidupan yang tak seberapa pun kalau nak di bandingkan dengan org lain.

Alhamdulillah, semenjak pengunduran aku dari dunia mistik, aku rasa lebih aman, lebih tenang, takda asik nak pk antuuu je 24jam.. pantang meremang je hantu, nampak itu ini hantuuu, apapun yg berlaku kat sekeliling sume nak melibatkan mistik…haishhhh..oleh sebab itu lah, apapun yg berlaku skrg aku cuma anggap "mind set" je.. lantak la kalau betul pun..kdg2 sebab kita terlalu taksub akan sesuatu benda tu, minda kita akan asik pikir benda tu je.. benda yg takda pun bole jadi ada..

Berbalik pada tajuk post aku pada kali ni, aku tgk skang lambakan blog menjual pelbagai barangan mistik bersepah kat internet.. Majoriti org yg membeli adalah org melayu kita.. Termasuk la aku satu ketika dulu..Tipu la kalau aku ckp aku beli batu permata hanya kerana batu tu cantik, bukan kerana khasiat.. Mmg khasiat yang akan aku tgk dulu, lepas tu baru cantik ke tak.. Atas sbb itu la lambakan blog-blog sebegini wujud.. Org kita ni mmg suka kena tipu kot.. Aku tulis berdasarkan apa yang aku rasa nak tulis.. Atas dasar pengalaman menjadi peminat batu permata yang fanatik satu ketika dulu.. Takda kena mengena ngan sesapa pun..Aku ckp ni umum, so sapa2 yang jenguk blog ni nak terasa, thats not my problem..

Mungkin sebab aku dah tak minat main mistik2 ni lagi menyebabkan aku kurang percaya dgn blog2 yang menjual batu2 permata yang katanya "penarikan".. Org melayu kita mmg tak bole lari dgn cerita2 mistik lebih2 lagi bila melibatkan org bunian.. Sedari dulu, kita di momokkan oleh cite2 org bunian ni dari tok nenek kita.. smp la skang ni.. Alhamdulillah, Allah membukakan "hijab" aku utk melihat perkara yang sebenar, sblm aku tersesat jauh melencong ke arah syirik yg dimurkaiNya.

Segala permata yang aku beli dulu, abis sume aku dah jual.. dapat la balik modal.. beribu gak la abis duk beli batu permata yang "keindahannya" hanya indah khabar dari rupa hahaha.. Tak salahkan penjual pun, salahkan diri sendiri di atas KETAKSUBAN memiliki permata yang konon berkhasiat untuk pendinding diri, pelaris perniagaan, dll.. Walaupun aku terlalu taksub dgn khasiat sesebuah permata tersebut, akan tetapi, kecantikan permata tersebut pun menjadi faktor kenapa aku beli batu tersebut.. Kalau di pk2 balik, kalau dikumpul2 jumlah keseluruhan yang aku belanjakan beli batu permata tu, dah bole beli seutas rantai emas dah bagi kat mak aku, lagi bagus hahahaha..

Haishhh.. dah la ngomelan aku utk kali ini.. Dalam perjalanan mencari sebuah kebenaran, kita akan menempuh ujian dan dugaan oleh Allah SWT dalam mengenal diri… Adat mencari ilmu, sememangnya begitu.. Kita akan jumpa yang buruk dulu lepas tu baru kita jumpa betul2 apa yang kita cari.. TujuanNya hanyalah utk kita tidak alpa dalam mengenal hakikat ilmu dan insan.. Itu pun kalau kita betul2 tau apa yang kita nak cari.. Jangan di mulut kata lain tetapi di hati kata lain.. Huhuhu hak individu menentukan arah tuju hidupnya.. Kita bukan Allah nak jatuhkan hukum..

Apapun, cerita di atas adalah secebis dari pengalaman aku yang tak seberapa ni.. Kalau pun ada kena mengena ngan sesapa, itu adalah secara kebetulan.. Tidak ada kena mengena ngan sesapa walaupun masih hidup ataupun mati.. Bukan rekaan, tp pengalaman.. Assalamualaikum wbt..