Monday 19 May 2014

Puteri Citra Mastika

Assalamualaikum wbt,

Mesti ramai tertanya-tanya kan napa tajuk post aku kali ni tetiba nama Puteri.. Huhu.. dah nama pun cite dongeng, mesti la ada Puteri Raja hahaha.. Baiklah, citenya begini...............

Minggu lepas, aku tak ingat tarikh tapi yang pastinya, hari tu hari Khamis malam Jumaat..  Aku rasa aku mimpi, mcm biasa la, mimpi aku kan pelik2.. Baru la leh wat cite dongeng kat sini, aku bermimpi di datangi oleh seorang perempuan berpakaian kebaya putih dan kain batik.. Amat cantik sekali paras rupa beliau, walaupun bini aku pun dah cukup cantik kat mata aku huhu.. Dalam mimpi tu, beliau memperkenalkan diri sebagai "Puteri Citra Mastika", saja aku buh nama penuh, sbb YANG AKU TAU geng2 lama ckp diorg kasyaf huhu.. So kalau betul korang kasyaf, gi la seru supaya korang tau aku tak menipu.. Kalau kasyaff laa.. Takat sembang je baik takyah..

Ok, sambung balik..Mimpi ni tak panjang pun, ringkas jek.. Dia ajak aku kawin hahaha.. Gilo ko apo??!!!! Aku tolak dengan baik, aku ckp aku dah kawin, dah ada bini.. leh tahan gak la cantik, Putri gak nama dia..kerabat raja gak.. huhu.. Dia just senyum lepas tu dia jawab ''Takpa, jangan risau, akak tak marah la" sambil merujuk "akak" tu adalah bini aku.. Perghhhhh.. dah napa ajak aku kawin??? Bila pulak ko tanya bini aku??

Dgn tenang (lam mimpi leh la tenang, kalau nyata, aku dah lari dah wakakakakakaka), aku bertanya, "Tuan Puteri ni datang dari mana?" dia senyum lagi pastu menjawab "Tu" sambil menunjuk ke arah hutan.. Mak aiiiii.. ni antu ke, kak pon ke, jin utan ke, bunian nih? hahahaha aku terdiam seketika... Hati berbelah bagi ni.. mcm nakkkkk je, mcm tanakkkk pun ada gak.. Kang tetiba kuar taring mcm mimpi aku yang dulu kang, tak pasal2 jek... Tuan Puteri memegang tgnku, lantas menarik aku menuju ke arah hutan yang di tunjukkan sebentar tadi.. Aku menolak lg dgn baik..
Beliau tidak putus asa, lantas mengucup bibir aku yang merah bak delima nih chewaahhh wakakakkaa.. Yang ni aku tak tolak.. tetapi.... TIBA2....................

''Hubby...bangunnnnn..dah Subuh ni.. bangunnnn cepatttttttttttt!!!" Tu diaaaa, Tuan Puteri aku yang cantik jelita kejut suh solat.. Potongggg tul la wakakkakakakaka... Aku pun bangun solat subuh sementara isteriku bersiap2 nak gi keje... Lepas solat aku sambung tido, mana la tau kot ada sambungan ke kan ahahaha.. tp takda.. Aku bangun kul 9 pg, terpinga2 duk memikirkan kejadian semalam, mainan tidur ke?? Betul2 ke?? ishhh.. Napa laaa aku duk mimpi bukan2 nih..

Dah siap2 nak gi keje, aku pun kuarkan keta mcm biasa.. Akan tetapi, lepas tutup gate, sblm aku nak masuk keta aku terpandang bukit yang di penuhi pokok2 seakan hutan di penghujung deretan umah yang aku duduk... Aku tergamam, terkedu, terdiam, tertakutttt tetiba.. Mmmg bukit tu wujud dah lama pun, tanah persendirian, owner dia tanak jual.. Sebelum ni aku tak pk apa2 pun, tp bila tetiba teringat mimpi semalam, adakah "hutan" ni yang beliau tunjuk semalam... haishhhhh... Nauzubillahimin zaliq.. Harap2 la mainan tidur.. -The End

p/s: Yang mana ckp korang kasyaf tu, sila2 la seru ke, terawangan ke, tp aku tak bertanggungjawab, sbb aku tatau "beliau" tu apa.. Kalau Puteri Bunian, ajak la dia kawin hahaha.. Aku dah ado Tuan Puteri.. ada darah diraja gak.. so yang tak "nampak" ni aku tak berminat.. Sekian untuk kali ni.. Selamat menyeru... hahaha..














1 comment: