Monday 23 September 2013

Terawang Lagi

Lama lak tak menaip.. haishhh.. lgpun aku bukannya org yg tinggi ilmunya.. kalau byk ilmu leh la share hari2.. mmg hari2 aku type mcm2..

Aritu aku ada post pasal terawangan kan? Mcm cite katun kan? ataupun lebih tepat lagi bak kata kengkawan aku yg ahlil masjid, TAHYUL.. huhu tapi takpa la.. masing2 ada pendapat masing2.. aku pun dah tau diorg ahli masjid, pi cite lak menda ni.. bukan sume org leh terima cite karut marut ni.. huhu.. tp cite kali ni mmg mcm cite katun,.. so utk yg TERBACA, anggap la ini sekadar cerita.. jgn la percaya 100%, sbb aku bukan sapa2..bukan guru, bukan ahli sufi, or org yg tinggi ilmunya.. hanya hamba Allah yg masih mentah dalam segala-galanya..

Al-kisah.. pada satu malam jumaat, aku mmg penat sangat kerana kesibukan kerja, penat badan+penat otak..masa nak tido tu, aku cuba la praktikkan apa yg aku belajar dulu utk terawang.. dan ceritanya bermula disini.. pendek je citenya pun.. huhu.. Aku smp di satu tempat, tatau kat mana, mmg pelik tempatnya.. jalan2 tak sampai 5 min, aku nampak seorg wanita di pegang ramai2 oleh 5-6 org yg berbadan sasa, di tangan wanita tu ada pedang tp di rampas dek lelaki yg pegang wanita tu.. bila aku sampai dekat, aku tgk betul2 muka pempuan tu, aku kenal, mmg sangat familiar.. rupa2nya dia adalah salah seorg kenalan ku, yang aku kenal melalui guru tempat aku belajar.. Dia dah lemah sgt time tu.. and kesimpulan yg aku buat time tu adalah, dia di serang oleh sapa aku pun tatau, and She needs help..Dia berpakaian silat warna putih dengan selempang dan ikat kepala warna kuning..

Dengan tidak semena-mena, aku usap tangan kiri aku dari siku hingga ke pergelangan tangan, dan keluar senjata seperti pedang.. tp hanya matanya saja.. dan tapak tanganku menjadi pemegangnya.. ZaSsssSssSssSS!!!!!! aku pancung seko2 lelaki2 yg memegang kenalanku yang meronta2 minta di lepaskan.. dan aku terus terjaga dari tido.. Setelah terjaga, tangan kiri aku sakittttttt sangat..

Dek kesibukan kerja, aku terlupa nak tanya kawan aku sorang ni berkenaan mimpi tu.. tiga hari selepas tu, baru la aku msg dia, tanya ada mimpi apa2 tak khamis lepas.. dia pun cite, adaaa, dia mimpi dia kena serang oleh sekumpulan lelaki, and ada sorang lelaki berambut panjang dtg selamatkan dia.. pastu mamat tu hilang.. aku punya la terkejut sbb ceritanya samaaaaa mcm mimpi aku.. aku pun cerita kat dia apa yg aku alami, and kami pun terkejut sbb cerita kami hampir 80% sama.. cuma aku tak nampak diri aku time tu pakai baju apa, and dalam bentuk apa..sbb dia tak nampak muka aku time tu.. yg dia nampak rambut panjang je.. tp muka dia, aku nampak jelas time tu..

So..apa yg kami buat lepas tu, aku mintak dia rujuk pada guru kami.. ye la, sebab dia yg paling dekat nak gi umah guru.. kalau cite lam fon kang, lain pulak jalan citenya.. Face to Face senang sikit.. huhu.. selepas "slow talk" ngan tok guru, kesimpulan yg tok buat adalah, lelaki yg tlg kawan aku tu (namanya dirahsiakan) huhu, adalah aku yang menerawang di alam astral tanpa di rancang, dan mmg rupa kita di alam lain, berbeza dgn alam sana (aku tatau alam mana yg di maksudkan)..

So..sekian la cite karut aku utk bulan ni.. nak caya caya, tanak caya pun takpe.. sbb aku pun tak bape nak caya gak sbnrnya hahaha.. sbb aku mmg takda menuntut apa2 ilmu.. yg ada pun silat gayong.. tu pun tak abis.. nanti ada cite katun lagi aku tulis lagi ehh.. Assalamualaikum.. and terima kasih kerana sudi membaca.. daaaaaa













Monday 2 September 2013

Terawangan

Terawangan.. Sapa yang main mistik, mesti faham dgn istilah terawangan ni.. Aku sbnrnya belum abis menuntut lagi dengan sorang guru ni.. Belum bole di kira murid pun, sebab aku PENAKUT..huhu.. kalau dia suh hadap orang, aku sanggup redah, walaupun orang tu berparang.. In shaa Allah, walaupun aku ni kecik, tp belum cuba belum tau huhu.. Kalau dengan menda yang tak nampak ni, ishhh mintak simpang la..

Aku kerap dapat mimpi2 yang pelik, and kalau di ceritakan pada yang tak faham, akan cakap aku ni mengarut la, sesat la, khurafat la.. hehe.. tp masing2 punya akal dan fikiran kan.. ikut diorg la nak ckp apa.. jadi, aku cerita la pada yang faham.. terutama pada guru aku.. Aku bermimpi di undang ke suatu tempat yang aku sendiri tatau kat mana oleh seseorg yang aku tak kenali di sebuah kawasan yang mcm pasar.. Messenger tu dtg ckp bahasa melayu lama, "Assalamualaikum, tuan hamba di undang utk bertarung disini" (sambil menunjukkan peta).. Aku tak penah tgk peta tu kat peta dunia.. jadi aku tanya la dia, "mcmana aku nak gi tmpt ni? tak penah tgk pun, kat mana ni?" pastu dia ckp "terawang lah".. terawang? mcm aku penah dgr istilah ni.. then aku bgtau, "aku mana tau nak terawang mcmana" dia senyum and jawab "pandai2 tuan hamba la" pastu aku pun terjaga huhu.. setelah beberapa hari aku berpikir, aku pun call guru aku dan menceritakan perihal ni pada dia.. dia suh aku cuba praktik apa yang aku belajar dalam kem..

Setelah beberapa minggu mencuba, akhirnya, aku rasa aku "berjaya" sampai di tempat tersebut.. Aku ingat, yang undang aku tu ajak aku bertarung dengan dia, rupa2 nya, kat depan dah bersusun berpuluh2 org yang bersenjatakan parang, pedang dan keris menunggu.. rupanya aku di undang utk berperang, bukan utk bertarung 1 lawan 1...Yang mengundang aku tu badannya masyaAllah, bagakkkkkkk mcm The Rock.. Aku??? Keding ehehe.. sepertimana aku di alam nyata.. Aku tanya nama mamat yang badan mcm The Rock tu, "siapa nama tuan hamba?" "Kenapa hamba disini?" dia diam kelu tak berbahasa.. Hanya pandang dan senyum sambil memegang erat parang panjang dan bersedia utk berperang.. Arghhh..mimpi je kot ni kata aku dalam hati.. dalam mimpi aku leh buat apa saja.. Aku pun bukak baju, and tidak semena-mena, ada dua tekpi di pinggang.. Aku cabut dan jerit Allahuakbarrrrrr!!!!! dan kami berdua terus meluru ke arah "musuh" yang menanti di hadapan..Mamat The Rock tu, mmg handal bermain parang.. abis dia libas sorang2.. aku rasa dekat 10 orang tumbang di tangan dia.. Aku?? tah bila masa aku terer main tekpi pun aku tatau.. hahaha.. kira leh tahan gak la.. tapi takda la sampai 10 org.. setelah abis sume kitorg kejekan, mamat The Rock tu berlalu mcm tu je, and aku pun tersedar..

Jam menunjukkan pukul 5pagi, badan terasa lesu yang teramat.. and pinggang aku terasa pedih, bila aku belek2, nampak ada 3 garisan calar ada la dalam 2 inci panjang kat pinggang aku.. pikir punya pikir, takkan la pasal mimpi tadi?? hmmmmm...

Haaa.. tu lah cite dongeng aku utk arini.. sekadar type apa yang ada lam palaotak.. tak suh korang baca pun, tp kalau da terbaca terpulang, tak suh korang percaya pun.. anggap je la mcm kisah fairy tales.. hahaha.. best pulak menaip.. mcm tulis diary zaman dolu2.. jap gi nak call tok la cite pasal ni..







Mengenali Dunia Mistik

Alam mistik ni mmg sinonim dgn kehidupan aku dari kecik. Keluarga my mom mmg mempunyai kaitan dgn alam2 mistik nih. Tapi dulu la.. skang dah takda da.. So bila jumpa dgn mereka2 yang duk cerita perihal mistik ni, tak la aku ternganga ataupun susah nak proses dalam otak aku yang genius nih. And aku pun mmg minat dgn dunia ni cuma satu masalah besar, aku ni PENAKUT.. hehe..sbb tu la bila ada kem berkaitan mistik, aku join.. saja nak mencabar diri supaya jadi berani sikit.. tp tak berhasil.. Tak sampai 5 min aku bertafakur dalam utan, aku cabut hahaha.. cepat sangat "dia" sakat.. tak bagi can langsung.. tp walau mcmana pun, aku masih tetap meminati hal2 berkaitan alam ghaib.. Aku pun tatau kenapa..