Sunday 22 December 2013

Berundur dari mistik

Assalamualaikum wbt,

Lama tul tak menulis kat blog aku yang tak seberapa nih..Lgpun takda cite menarik yang nak di kongsikan.. Alhamdulillah, rakan2 seperguruan masing2 dah dapat bahagian masing2 dan aku sangat2 happy bila masing2 menceritakan pengalaman masing2.. Aku?? haahaha takpo lah, den tanak, akuttttttt..Setiap seorang dapat pengisian yang berbeza mengikut keperluan dan tahap masing2.. Ada yang di masukkan pengisian perubatan, ada yang di masukkan pengisian pembisa tangan..Alhamdulillah, semoga di gunakan ke jalan yg benar..

Apa yang aku nak kongsikan kali ni, alhamdulillah, lepas aku nekad tanak involve dah dgn dunia mistik ni, aku dah takda gangguan lagi mcm selalu..takda mimpi pelik2 dah.. dah takda "sensor" yang bole rasa kehadiran "diorg" dah mcm selalu.. tido pun senang alhamdulillah.. kalau tak punya la seksa aku nak tido tiap2 hari.. selama 28 tahun aku mengadap sume ni start dari umur aku 6 tahun.. mungkin ini yang "diorg" nak kot.. supaya jgn cari apa yang aku tak patut tau.. Dulu, ramai member2 yang dah lama main mistik ni ckp, mungkin sbb aku kuat berzikir, sbb tu ada gangguan.. "diorg" suka org yg kuat berzikir ni katanya..tapi lepas aku nekad bgtau diri sendiri, aku dah tanak involve dah ngan mistik ni, Alhamdulillah, mmg takda gangguan langsung, walaupun aku berzikir tgh2 malam sorang2..

Mungkin betul apa yang aku rasa.. mmg "diorg" tak suka aku mencari apa yang aku tak patut tau.. Mungkin tak, wallahualam bissawab.. Aku bukannya ada apa2 ilmu yang bole menerjah alam diorg pun… ntah la aku pun tatau la…yang penting, aku dah bole tido dengan tenang.. takda la mcm dulu, subuh baru leh lelap.. badan pun da kurus kering di buatnya.. "Sensor" pun dah takda, so aku dah senang gi mana2.. kalau tak tu, pegi mana2 tmpt je mesti dapat rasa "kehadiran" diorg..

Apapun, sekalung tahniah buat rakan seguru.. Jangan putus asa mcm aku.. korang ada kelebihan yang aku takda iaitu KEBERANIAN.. teruskan perjuangan.. jangan sampai ISIM lak dah la hahaha.. jangan belot pada guru.. kena bersatu.. in shaa Allah, jika aku "di undang" lagi, aku takkan menolak, tp aku takkan teruskan minat aku yang mendalam terhadap dunia mistik ni lagi dah..ilmu kosong didada, penakut lak tu.. Thank you kalau ada yg membaca blog yg tak seberapa nih.. huhu.. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh..

Friday 1 November 2013

Serraammmmm!!!!

Assalamualaikum wbt,

Sekejap je dah bulan November.. Pejam celik pejam celik, dah nak smp ujung taun dah pun.. Seperti biasa, aku akan start menaip utk berkongsi cite karut komedia kalau aku ada mimpi yang bukan2..huhu..

Cite ni dah lama sebenarnya.. Tp masa tu aku lum ada blog ni utk berkongsi..Ni tgh takda keje, tetiba teringat lak kisah yang agak menyeramkan jugak la bagi aku yang penakut ni..

Al-kisah..cite ni berlaku masa taun 2007 kalau aku tak silap.. Masa tu adik aku nak melangsungkan perkahwinan kat langkawi.. Kami sekeluarga dari Melaka berkampung la kat sana.. Tp cuma mak, ayah and aku jek pun.. Yang lain tak dpt dtg sbb jauh.. Citenya sama gak, masih dalam mimpi tp aku dpt rasakan seakan-akan betul2 berlaku..sangatttttt real.. Aku bermimpi di culik oleh sekumpulan kak ponti, dari umah adik aku.. Kejadian dalam mimpi tu mmg mcm real, sbb aku diculik kat umah adik aku, di bwk ke sebuah rumah kampung tp aku tatau kat mana..

Sampai2 je kat umah tu, aku di bwk mengadap jumpa "ketua" mereka.. MasyaAllah, lawa sungguh, tpppppppppppppppp… ada siung la pulok.. aku tanya kenapa aku di culik dan di bawa ke situ, anak2 buah "boss" dia ckp, aku di kehendaki melayan boss diorg yang masa tu dah standby kat atas katil berpakaian hanya kain batik je.. Korang sanggup??? mcmana nak cemolot kalau dah taring terjojol mcm tu..hahahaha..seakan bole membaca pikiran aku, tetiba je taring dia takda..tp mmg dia cantik.. kulit putih melepak.. tatau la kot dia kaburkan pandangan aku supaya nampak dia cantik..tp sbnrnya hodoh nak mammssssss..

Tp sbb aku da tau rupa bentuk dia, aku menolak..aku di tolak dgn kuat ke atas katil tmpt boss diorg menunggu..aku di gomol dgn rakus, tp tak lama.. Tiba2 kedengaran laungan "Laillahaillallah" bergema dengan kuat.. laungan kalimah agung itu berterusan, geng2 ponti bertempiaran lari ke sana sini mcm kepanasan.. aku mengambil peluang utk melarikan diri keluar dari rumah kampung tu.. Kat luar, punya la ramai manusia berbaju putih berkopiah, dan badan mereka seakan akan bercahaya membaca Lailahaillallah beramai-ramai.. Aku di selamatkan oleh mereka dan smp ke saat ini aku tatau siapa mereka, sbb time tu aku dah kena kejut ngan mak aku.. huhuhu..

Esoknya, aku cite ngan adik aku pasal ni.. Muka dia berubah, sbb dia ckp, umah dia tu mmg ada Ponti pun dulu.. tp apak mertua dia dah ubatkan.. Ponti tu peluk dia dari belakang.. perghhhhhhh.. time aku menaip ni pun bulu roma aku meremang.. eeeeeee.. dah la.. tanak cite dah.. hehe nnt aku ingat2 kan lagi cite2 pelik dulu2 eh.. baiiiiii.. assalamualaikummm….













Wednesday 23 October 2013

Kisah Dongeng Lagi

Assalamualaikum,

Agak lama tak menaip.. banyak cerita2 dongeng yang terlupa aku nak kongsikan bersama.. Masih ingat lagi tak post aku yang lepas?? Yang aku di undang ke satu tempat untuk bertempur bersama mamat yang bagak mcm The Rock tu?? Untuk pengetahuan korang, aku masih lagi "berjumpa" dgn dia.. Selalu sgt, tp dalam mimpi je la.. And nama dia pun dia dah bgtau.. Cukup la aku namakan dia sekadar "M".. Tp sampai skrg aku tatau M ni bunian atau Jin.. Ataupun hanya mainan tidur aku.. tp kalau mainan, takkan la selalu sgt jumpa kan? huhu ontah laaa..

Yang terbaru, aku di hadiahkan sebilah keris yang sangatttttttttttttttt la cantik.. Di hiasi dengan batu permata, dan bersalut emas.. Agak panjang jugak bagi sebilah keris.. Ada lambang helang dan kalimah "LamJalallah" di sarung nya.. Akan tetapi, keris tu di ikat "x" dengan kain pada sarung nya supaya ia tidak boleh di keluarkan.. Aku di amanahkan agar HANYA membukanya bila perlu ataupun darurat.. Nak bukak saja2 tak boleh.. Tak di bgtau lak kenapa.. Tapi sayang la, hanya di dalam mimpi, kalau dapat nyata kan best...Walaupun aku tak berapa minat dgn senjata, tp keris tu bagaikan betul2 wujud.. Susah nak berbicara dgn si M nih.. kalau ada mud, dia jwb, kalau tak, tanya dia wat tak reti jek.. Nak bantai, besar sgt pulak tu hahahaha.. lgpun dalam mimpi kan, mcmana kita nak plan apa nak tanya..

Aku pun tatau si M ni nak kategori apa, nak kategori khadam tak bole, sbb dia tak ikut pun kalau aku bagi arahan.. tp kalau aku kena gangguan, aku dpt rasa kehadiran dia.. sekejap je gangguan tu da takda.. and sejak kebelakangan ni, kalau ada rasa pelik2, tgn kiri aku mesti kebas.. aku pun tatau kenapa.. teringat pulak kisah aku tolong rakan seperguruan aku time tu.. Tangan kiri keluar pedang.. kan best kalau leh kuar betul2..

Kalau la aku berani...haishhhh..mesti lagi byk cite dongeng yang aku leh kongsi kat sini.. Pasal alam bunian, alam itu alam ini.. Malangnya, aku penakut hahahaha.. So.. mcm biasa la, smp sini je la cite dongeng utk arini ataupun utk bulan ini hehe..sbb bukan selalu aku mimpi pelik2 mcm ni.. kalau selalu kang dah lain pulak citenya kan.. apapun, sapa yg membaca atau terbaca, abaikan la cite nih.. Sebab wlupun ianya bukan rekaan, ia amat susah di terima akal ataupun bak kata org mesjid, MAINAN TIDUR.. huhu renung2kan.. Assalamualaikum..

Monday 23 September 2013

Terawang Lagi

Lama lak tak menaip.. haishhh.. lgpun aku bukannya org yg tinggi ilmunya.. kalau byk ilmu leh la share hari2.. mmg hari2 aku type mcm2..

Aritu aku ada post pasal terawangan kan? Mcm cite katun kan? ataupun lebih tepat lagi bak kata kengkawan aku yg ahlil masjid, TAHYUL.. huhu tapi takpa la.. masing2 ada pendapat masing2.. aku pun dah tau diorg ahli masjid, pi cite lak menda ni.. bukan sume org leh terima cite karut marut ni.. huhu.. tp cite kali ni mmg mcm cite katun,.. so utk yg TERBACA, anggap la ini sekadar cerita.. jgn la percaya 100%, sbb aku bukan sapa2..bukan guru, bukan ahli sufi, or org yg tinggi ilmunya.. hanya hamba Allah yg masih mentah dalam segala-galanya..

Al-kisah.. pada satu malam jumaat, aku mmg penat sangat kerana kesibukan kerja, penat badan+penat otak..masa nak tido tu, aku cuba la praktikkan apa yg aku belajar dulu utk terawang.. dan ceritanya bermula disini.. pendek je citenya pun.. huhu.. Aku smp di satu tempat, tatau kat mana, mmg pelik tempatnya.. jalan2 tak sampai 5 min, aku nampak seorg wanita di pegang ramai2 oleh 5-6 org yg berbadan sasa, di tangan wanita tu ada pedang tp di rampas dek lelaki yg pegang wanita tu.. bila aku sampai dekat, aku tgk betul2 muka pempuan tu, aku kenal, mmg sangat familiar.. rupa2nya dia adalah salah seorg kenalan ku, yang aku kenal melalui guru tempat aku belajar.. Dia dah lemah sgt time tu.. and kesimpulan yg aku buat time tu adalah, dia di serang oleh sapa aku pun tatau, and She needs help..Dia berpakaian silat warna putih dengan selempang dan ikat kepala warna kuning..

Dengan tidak semena-mena, aku usap tangan kiri aku dari siku hingga ke pergelangan tangan, dan keluar senjata seperti pedang.. tp hanya matanya saja.. dan tapak tanganku menjadi pemegangnya.. ZaSsssSssSssSS!!!!!! aku pancung seko2 lelaki2 yg memegang kenalanku yang meronta2 minta di lepaskan.. dan aku terus terjaga dari tido.. Setelah terjaga, tangan kiri aku sakittttttt sangat..

Dek kesibukan kerja, aku terlupa nak tanya kawan aku sorang ni berkenaan mimpi tu.. tiga hari selepas tu, baru la aku msg dia, tanya ada mimpi apa2 tak khamis lepas.. dia pun cite, adaaa, dia mimpi dia kena serang oleh sekumpulan lelaki, and ada sorang lelaki berambut panjang dtg selamatkan dia.. pastu mamat tu hilang.. aku punya la terkejut sbb ceritanya samaaaaa mcm mimpi aku.. aku pun cerita kat dia apa yg aku alami, and kami pun terkejut sbb cerita kami hampir 80% sama.. cuma aku tak nampak diri aku time tu pakai baju apa, and dalam bentuk apa..sbb dia tak nampak muka aku time tu.. yg dia nampak rambut panjang je.. tp muka dia, aku nampak jelas time tu..

So..apa yg kami buat lepas tu, aku mintak dia rujuk pada guru kami.. ye la, sebab dia yg paling dekat nak gi umah guru.. kalau cite lam fon kang, lain pulak jalan citenya.. Face to Face senang sikit.. huhu.. selepas "slow talk" ngan tok guru, kesimpulan yg tok buat adalah, lelaki yg tlg kawan aku tu (namanya dirahsiakan) huhu, adalah aku yang menerawang di alam astral tanpa di rancang, dan mmg rupa kita di alam lain, berbeza dgn alam sana (aku tatau alam mana yg di maksudkan)..

So..sekian la cite karut aku utk bulan ni.. nak caya caya, tanak caya pun takpe.. sbb aku pun tak bape nak caya gak sbnrnya hahaha.. sbb aku mmg takda menuntut apa2 ilmu.. yg ada pun silat gayong.. tu pun tak abis.. nanti ada cite katun lagi aku tulis lagi ehh.. Assalamualaikum.. and terima kasih kerana sudi membaca.. daaaaaa













Monday 2 September 2013

Terawangan

Terawangan.. Sapa yang main mistik, mesti faham dgn istilah terawangan ni.. Aku sbnrnya belum abis menuntut lagi dengan sorang guru ni.. Belum bole di kira murid pun, sebab aku PENAKUT..huhu.. kalau dia suh hadap orang, aku sanggup redah, walaupun orang tu berparang.. In shaa Allah, walaupun aku ni kecik, tp belum cuba belum tau huhu.. Kalau dengan menda yang tak nampak ni, ishhh mintak simpang la..

Aku kerap dapat mimpi2 yang pelik, and kalau di ceritakan pada yang tak faham, akan cakap aku ni mengarut la, sesat la, khurafat la.. hehe.. tp masing2 punya akal dan fikiran kan.. ikut diorg la nak ckp apa.. jadi, aku cerita la pada yang faham.. terutama pada guru aku.. Aku bermimpi di undang ke suatu tempat yang aku sendiri tatau kat mana oleh seseorg yang aku tak kenali di sebuah kawasan yang mcm pasar.. Messenger tu dtg ckp bahasa melayu lama, "Assalamualaikum, tuan hamba di undang utk bertarung disini" (sambil menunjukkan peta).. Aku tak penah tgk peta tu kat peta dunia.. jadi aku tanya la dia, "mcmana aku nak gi tmpt ni? tak penah tgk pun, kat mana ni?" pastu dia ckp "terawang lah".. terawang? mcm aku penah dgr istilah ni.. then aku bgtau, "aku mana tau nak terawang mcmana" dia senyum and jawab "pandai2 tuan hamba la" pastu aku pun terjaga huhu.. setelah beberapa hari aku berpikir, aku pun call guru aku dan menceritakan perihal ni pada dia.. dia suh aku cuba praktik apa yang aku belajar dalam kem..

Setelah beberapa minggu mencuba, akhirnya, aku rasa aku "berjaya" sampai di tempat tersebut.. Aku ingat, yang undang aku tu ajak aku bertarung dengan dia, rupa2 nya, kat depan dah bersusun berpuluh2 org yang bersenjatakan parang, pedang dan keris menunggu.. rupanya aku di undang utk berperang, bukan utk bertarung 1 lawan 1...Yang mengundang aku tu badannya masyaAllah, bagakkkkkkk mcm The Rock.. Aku??? Keding ehehe.. sepertimana aku di alam nyata.. Aku tanya nama mamat yang badan mcm The Rock tu, "siapa nama tuan hamba?" "Kenapa hamba disini?" dia diam kelu tak berbahasa.. Hanya pandang dan senyum sambil memegang erat parang panjang dan bersedia utk berperang.. Arghhh..mimpi je kot ni kata aku dalam hati.. dalam mimpi aku leh buat apa saja.. Aku pun bukak baju, and tidak semena-mena, ada dua tekpi di pinggang.. Aku cabut dan jerit Allahuakbarrrrrr!!!!! dan kami berdua terus meluru ke arah "musuh" yang menanti di hadapan..Mamat The Rock tu, mmg handal bermain parang.. abis dia libas sorang2.. aku rasa dekat 10 orang tumbang di tangan dia.. Aku?? tah bila masa aku terer main tekpi pun aku tatau.. hahaha.. kira leh tahan gak la.. tapi takda la sampai 10 org.. setelah abis sume kitorg kejekan, mamat The Rock tu berlalu mcm tu je, and aku pun tersedar..

Jam menunjukkan pukul 5pagi, badan terasa lesu yang teramat.. and pinggang aku terasa pedih, bila aku belek2, nampak ada 3 garisan calar ada la dalam 2 inci panjang kat pinggang aku.. pikir punya pikir, takkan la pasal mimpi tadi?? hmmmmm...

Haaa.. tu lah cite dongeng aku utk arini.. sekadar type apa yang ada lam palaotak.. tak suh korang baca pun, tp kalau da terbaca terpulang, tak suh korang percaya pun.. anggap je la mcm kisah fairy tales.. hahaha.. best pulak menaip.. mcm tulis diary zaman dolu2.. jap gi nak call tok la cite pasal ni..







Mengenali Dunia Mistik

Alam mistik ni mmg sinonim dgn kehidupan aku dari kecik. Keluarga my mom mmg mempunyai kaitan dgn alam2 mistik nih. Tapi dulu la.. skang dah takda da.. So bila jumpa dgn mereka2 yang duk cerita perihal mistik ni, tak la aku ternganga ataupun susah nak proses dalam otak aku yang genius nih. And aku pun mmg minat dgn dunia ni cuma satu masalah besar, aku ni PENAKUT.. hehe..sbb tu la bila ada kem berkaitan mistik, aku join.. saja nak mencabar diri supaya jadi berani sikit.. tp tak berhasil.. Tak sampai 5 min aku bertafakur dalam utan, aku cabut hahaha.. cepat sangat "dia" sakat.. tak bagi can langsung.. tp walau mcmana pun, aku masih tetap meminati hal2 berkaitan alam ghaib.. Aku pun tatau kenapa..

Thursday 15 August 2013

Assalamualaikum..

Assalamualaikum,

Tak pernah2 buat blog, mcm ni la jadinya hahaha.. so sapa2 yang terbukak and terbaca, harap maafkan kekurangan saya yang mmg agak lemmmmssss dalam blog2 nih.. Takda apa pun, saja je nak ada blog sendiri sbnrnya.. Tulis apa yang terbuku di hati.. Dulu masa budak2 aku tulis diary.. Macam pempuan kan? hehe.. tp sebenarnya, apa yang kita tulis tu datangnya dari hati.. Bukan rekaan semata.. apa yang kita rasa, apa yang kita lalu semuanya di terjemahkan dalam bentuk penulisan.