Wednesday 30 April 2014

Undangan Ke Istana Raja

Assalamualaikum wbt,

Lama gak tak update blog, sebenarnya banyak kisah2 pelik aku nak kongsikan kat sini, tp di sebabkan kekangan masa, terpaksa la tunggu betul2 ada masa baru aku leh menaip dengan teliti.. huhu.. Sebenarnya, ada satu cerita yang belum aku kongsi kan kat sini.. So mungkin pada yang tak kenal aku melalui perguruan, agak susah sikit nak faham.. Mana yang kenal and penah ada dalam group merapu yang penah aku create dulu, mungkin tau sapa yang aku maksudkan..

Sebelum aku memulakan bicara, biar aku cite sikit pengalaman pelik aku sebelum aku teruskan dgn cite yang aku nak kongsi arini.. Beberapa hari sebelum aku join Kem Mistik yang pertama aku join di Gunung Berlumut, aku di datangi oleh "seseorg" yang menggelarkan dirinya Sultan Na*****n dari kerajaan bunian Pahang.. Nama kerajaan tak la pulak di bgtau.. apa tujuan dia dtg pun aku tatau.. Dia mengetuk tongkat yang di pegang ke lantai, sebyk 3 kali.. Selepas itu memberi salam jugak sebanyak 3 kali..Selepas aku menjwb salam, baru lah dia memperkenalkan diri.. "Assalamualaikum..Beta, Sultan Na*****n dari kerajaan bunian, Pahang".. Setelah itu, dia menghilangkan diri.. Aku rasa keadaan aku masa tu separuh sedar..Dan pada ketika itu, aku tidur di ruang tamu di temani oleh mak aku.. Ahhhh, mungkin aku bermimpi kot..

Keesokan harinya, mak aku tanya, "bunyi apa semalam mak dgr mcm ada org ketuk lantai??" erkkk.. aku diam seketika pastu jwb, "manada bunyik, mak mimpi kot" hahaha sambil gelak sambil aku rasa meremang.. bermacam persoalan yang ada di benakkku..sapa pulak yang datang semalam?? apa dia nak? bunian? jin? setan? kenapa aku?

Ada lagi kisah selepas cite tu, kang panjang berjela lak korang nak baca kan.. huhu.. berbalik kepada post aku kali ni.. Aku di datangi lagi oleh beliau, tp kali ni dalam mimpi.. Berpakaian sama seperti mula2 beliau memperkenalkan diri, memberi salam dan memperkenalkan diri lagi sekali, beliau mengundang aku ke istana beliau di Pahang.. "Assalamualaikum, Beta Sultan Na*****n berbesar hati mengundang Tuan Hamba ke Istana Beta di Pahang" sesudah itu, beliau terus ghaib.. Aku terjaga, terkebil-kebil usap mata.. Mimpi ke?? hishhhh...Tp persoalannya kat sini, mcmana aku nak pegi?? Tak pulak dia bgtau mcmana cara utk aku pegi.. kat mana?? Bilaaa??? Pahang tu dia ingat kecik ke?? haishhh tu la susahnya kalau mimpi.. kita mana bole plan apa kita nak tny.. Kalau bole plan tu bukan mimpi namanya kan?? Ke mimpi ni ada kaitan dengan mimpi jongkong emas aku aritu?? Haishhhh... pening2..

Setelah puas memikirkan dan takda kesudahannya, aku amik keputusan utk kongsi cite dongeng ni kat sini.. Korang nak percaya atau tak tu terpulang.. Aku pun tatau beliau yang hadir tu jin ke setan yang menyamar nak memesongkan akidah kita sebagai umat Islam.. Aku ingat da takda da mimpi2 pelik mcm ni haishhh.. Tingat kata2 seseorg kat aku dulu.. "Awak dah takda pilihan lain"... aku pun tak faham pilihan apa yang dia maksudkan..Hmmmm..apapun alasannya, aku dah nekad utk tinggal dunia mistik...Kot dia longgok emas bawah katil aku byk2 ke takpa la jugak wakakkakakkaa..Dunia mistik penuh tipu helah.. Golongan2 halus ni dah beribu tahun beribadat pada Allah, takat kita yang baru berapa puluh tahun idup ni, sappp sappp suiiii je diorg nak kencing..Permainan diorg ni sgt halussss..

Huhu.. sekian saja cite dongeng aku kali ni.. harap jangan menyampah pulak baca panjang2..Stalker2 pun leh baca gak.. takda hal.. jgn ko wat cite aku dah isim sudah... huhu... Rindu pada geng2 lama yang masuk air.. Semoga, kita dipertemukan kembali seperti dahulu kala..Aminnn ya robbal a'lamin..
Assalamualaikum..















2 comments:

  1. huhuhu...
    wt bodo jer der klu xnk layan...
    klu rezeki yg dtg ko ngap je...
    huhuhu...
    bila nk kumpul geng air...?hahaha...

    ReplyDelete
  2. hahaha...saja nak aktifkan diary je bang.. tulis la cite2 ngarut..masing2 sibuk mengalahkan perdana menteri.. susah nak set time ngan diorg nih..

    ReplyDelete