Tuesday 25 March 2014

Taksub

Assalamualaikum wbt,

Punya la lama tak tgk blog.. Dari pemerhatian aku ramai jugak yang singgah tgk blog aku yang tah apa2 nih huhu..Takda apa yg menarik pun yang nak di kongsikan.. Hanyalah secebis kisah kehidupan yang tak seberapa pun kalau nak di bandingkan dengan org lain.

Alhamdulillah, semenjak pengunduran aku dari dunia mistik, aku rasa lebih aman, lebih tenang, takda asik nak pk antuuu je 24jam.. pantang meremang je hantu, nampak itu ini hantuuu, apapun yg berlaku kat sekeliling sume nak melibatkan mistik…haishhhh..oleh sebab itu lah, apapun yg berlaku skrg aku cuma anggap "mind set" je.. lantak la kalau betul pun..kdg2 sebab kita terlalu taksub akan sesuatu benda tu, minda kita akan asik pikir benda tu je.. benda yg takda pun bole jadi ada..

Berbalik pada tajuk post aku pada kali ni, aku tgk skang lambakan blog menjual pelbagai barangan mistik bersepah kat internet.. Majoriti org yg membeli adalah org melayu kita.. Termasuk la aku satu ketika dulu..Tipu la kalau aku ckp aku beli batu permata hanya kerana batu tu cantik, bukan kerana khasiat.. Mmg khasiat yang akan aku tgk dulu, lepas tu baru cantik ke tak.. Atas sbb itu la lambakan blog-blog sebegini wujud.. Org kita ni mmg suka kena tipu kot.. Aku tulis berdasarkan apa yang aku rasa nak tulis.. Atas dasar pengalaman menjadi peminat batu permata yang fanatik satu ketika dulu.. Takda kena mengena ngan sesapa pun..Aku ckp ni umum, so sapa2 yang jenguk blog ni nak terasa, thats not my problem..

Mungkin sebab aku dah tak minat main mistik2 ni lagi menyebabkan aku kurang percaya dgn blog2 yang menjual batu2 permata yang katanya "penarikan".. Org melayu kita mmg tak bole lari dgn cerita2 mistik lebih2 lagi bila melibatkan org bunian.. Sedari dulu, kita di momokkan oleh cite2 org bunian ni dari tok nenek kita.. smp la skang ni.. Alhamdulillah, Allah membukakan "hijab" aku utk melihat perkara yang sebenar, sblm aku tersesat jauh melencong ke arah syirik yg dimurkaiNya.

Segala permata yang aku beli dulu, abis sume aku dah jual.. dapat la balik modal.. beribu gak la abis duk beli batu permata yang "keindahannya" hanya indah khabar dari rupa hahaha.. Tak salahkan penjual pun, salahkan diri sendiri di atas KETAKSUBAN memiliki permata yang konon berkhasiat untuk pendinding diri, pelaris perniagaan, dll.. Walaupun aku terlalu taksub dgn khasiat sesebuah permata tersebut, akan tetapi, kecantikan permata tersebut pun menjadi faktor kenapa aku beli batu tersebut.. Kalau di pk2 balik, kalau dikumpul2 jumlah keseluruhan yang aku belanjakan beli batu permata tu, dah bole beli seutas rantai emas dah bagi kat mak aku, lagi bagus hahahaha..

Haishhh.. dah la ngomelan aku utk kali ini.. Dalam perjalanan mencari sebuah kebenaran, kita akan menempuh ujian dan dugaan oleh Allah SWT dalam mengenal diri… Adat mencari ilmu, sememangnya begitu.. Kita akan jumpa yang buruk dulu lepas tu baru kita jumpa betul2 apa yang kita cari.. TujuanNya hanyalah utk kita tidak alpa dalam mengenal hakikat ilmu dan insan.. Itu pun kalau kita betul2 tau apa yang kita nak cari.. Jangan di mulut kata lain tetapi di hati kata lain.. Huhuhu hak individu menentukan arah tuju hidupnya.. Kita bukan Allah nak jatuhkan hukum..

Apapun, cerita di atas adalah secebis dari pengalaman aku yang tak seberapa ni.. Kalau pun ada kena mengena ngan sesapa, itu adalah secara kebetulan.. Tidak ada kena mengena ngan sesapa walaupun masih hidup ataupun mati.. Bukan rekaan, tp pengalaman.. Assalamualaikum wbt..







No comments:

Post a Comment