Tuesday 2 September 2014

Highway LEKAS

Assalamualaikum,

Mesti ramai duk pikir, apa kena mengena TAJUK entry kali ni dengan aku.. huhu.. sebenarnya aku nak kongsi cite lain, tapi di sebabkan kejadian ni baru je berlaku, beberapa hari yang lepas, so aku amik kesempatan utk kongsi cite ni sementara ianya masih "panas" lam kepala otak aku nih..

Ceritanya mcm ni.. 1hb Sept 2014, aku ada tournament snooker kat Balakong, alhamdulillah walaupun tak la seterer Ronnie O' Sullivan maupun Jimmy White, aku dpt melayakkan diri hingga ke Top 8 dalam liga satu tersebut. Nak di jadikan cite, tournament start kul 10.30 malam, dan perlawanan berlangsung selama 3 jam (BEST OF 5 frame), aku menang 3-2.. Lawan aku adalah cina, Tan apa tah nama dia.. tak ingat.. Beliau ni mmg otai la, tp nasib menyebelahi aku.. Aku menang game tu.. So overall, game abis kul 1.30 pagi.. Da abis, duk borak2 ngan member2 lagi kat situ, sampai la kul 2 lebih..

Bila aku tgk jam da 2.20pg, aku da tak sedap ati.. Sebabnya, aku kena balik ke Seremban balik malam tu jugak, sbb bini aku berpantang kat sana, and aku da janji, mcmana lambat pun aku akan balik.. So cepat2 aku mintak diri, sebab nak mengadap Highway LEKAS pepagi ni ishhhhh.. Dah la gelap, bukan sepanjang jalan ada lampu..

So, aku pun bergerak la sepantas yang mungkin, smp tol pertama highway LEKAS da nak dekat kul 3.00pagi.. Time yang mmg paling aku takut, ni sume gara2 cite "THE EXORCISM OF EMILY ROSE" wakakakakkaka.. Lepas je persimpangan NILAI-PAJAM, jantung aku berdegup laju, tatau kenapa, and tiba2 jugak ada satu haruman seakan-akan minyak atar menusuk ke lubang idung aku.. Wangiiiiii.. Dan dgn itu jugak, aku tak pandang kiri kanan depan belakang dah, tegakkkkk kehadapan hahaha.. Aku tgk meter kereta time tu dah 190kmh, tp rasa mcm lama je nak smp ke tol seterusnya.. Selalu tak smp 15min kalau dr persimpangan NILAI-PAJAM tu nak ke next tol.. Bau semerbak tu masih ada, tp da tak kuat mcm mula2 td la.. Nak kata antu, keta aku tak berat, mmg laju aku bwk time tu, tak terasa pun mcm ada bebanan, tp cuma tu la.. Perjalanan tu rasa mcm jadi jauh.. Ibarat aku dr tol kajang lak nak smp ke tol lagi satu tu.. Wife aku pun tanya napa lambat.. Bukan jauh pun dari balakong nak ke Seremban.. Kalau jem paling lama 45min.. Kalau tak jem, dengan kelajuan mcm tu, 20min leh sampai.. Huhuhu.. wallahualam.. aku malas nak pk byk2.. janji aku tak nampak apa2 yang menakutkan.. Cuma bulu roma tegak setegak tegaknya la bila tetiba bau harum lam keta..

Adakah aku "termasuk" jalan "lain" waktu aku memecut 190kmh tu?? Hanya Tuhan saja yang tahu.. aku tanak amik tau.. sbb nanti aku jd lagi takut hahhaa.. Ok la.. setakat itu sahaja cerita yang bole aku kongsikan kali ni.. Nanti bila ada masa terluang lagi, aku share lagi apa yang patut eh.. Tu pun kalau korang rajin nak membaca la..

Assalamualaikum wbt...

No comments:

Post a Comment