Monday, 23 September 2013

Terawang Lagi

Lama lak tak menaip.. haishhh.. lgpun aku bukannya org yg tinggi ilmunya.. kalau byk ilmu leh la share hari2.. mmg hari2 aku type mcm2..

Aritu aku ada post pasal terawangan kan? Mcm cite katun kan? ataupun lebih tepat lagi bak kata kengkawan aku yg ahlil masjid, TAHYUL.. huhu tapi takpa la.. masing2 ada pendapat masing2.. aku pun dah tau diorg ahli masjid, pi cite lak menda ni.. bukan sume org leh terima cite karut marut ni.. huhu.. tp cite kali ni mmg mcm cite katun,.. so utk yg TERBACA, anggap la ini sekadar cerita.. jgn la percaya 100%, sbb aku bukan sapa2..bukan guru, bukan ahli sufi, or org yg tinggi ilmunya.. hanya hamba Allah yg masih mentah dalam segala-galanya..

Al-kisah.. pada satu malam jumaat, aku mmg penat sangat kerana kesibukan kerja, penat badan+penat otak..masa nak tido tu, aku cuba la praktikkan apa yg aku belajar dulu utk terawang.. dan ceritanya bermula disini.. pendek je citenya pun.. huhu.. Aku smp di satu tempat, tatau kat mana, mmg pelik tempatnya.. jalan2 tak sampai 5 min, aku nampak seorg wanita di pegang ramai2 oleh 5-6 org yg berbadan sasa, di tangan wanita tu ada pedang tp di rampas dek lelaki yg pegang wanita tu.. bila aku sampai dekat, aku tgk betul2 muka pempuan tu, aku kenal, mmg sangat familiar.. rupa2nya dia adalah salah seorg kenalan ku, yang aku kenal melalui guru tempat aku belajar.. Dia dah lemah sgt time tu.. and kesimpulan yg aku buat time tu adalah, dia di serang oleh sapa aku pun tatau, and She needs help..Dia berpakaian silat warna putih dengan selempang dan ikat kepala warna kuning..

Dengan tidak semena-mena, aku usap tangan kiri aku dari siku hingga ke pergelangan tangan, dan keluar senjata seperti pedang.. tp hanya matanya saja.. dan tapak tanganku menjadi pemegangnya.. ZaSsssSssSssSS!!!!!! aku pancung seko2 lelaki2 yg memegang kenalanku yang meronta2 minta di lepaskan.. dan aku terus terjaga dari tido.. Setelah terjaga, tangan kiri aku sakittttttt sangat..

Dek kesibukan kerja, aku terlupa nak tanya kawan aku sorang ni berkenaan mimpi tu.. tiga hari selepas tu, baru la aku msg dia, tanya ada mimpi apa2 tak khamis lepas.. dia pun cite, adaaa, dia mimpi dia kena serang oleh sekumpulan lelaki, and ada sorang lelaki berambut panjang dtg selamatkan dia.. pastu mamat tu hilang.. aku punya la terkejut sbb ceritanya samaaaaa mcm mimpi aku.. aku pun cerita kat dia apa yg aku alami, and kami pun terkejut sbb cerita kami hampir 80% sama.. cuma aku tak nampak diri aku time tu pakai baju apa, and dalam bentuk apa..sbb dia tak nampak muka aku time tu.. yg dia nampak rambut panjang je.. tp muka dia, aku nampak jelas time tu..

So..apa yg kami buat lepas tu, aku mintak dia rujuk pada guru kami.. ye la, sebab dia yg paling dekat nak gi umah guru.. kalau cite lam fon kang, lain pulak jalan citenya.. Face to Face senang sikit.. huhu.. selepas "slow talk" ngan tok guru, kesimpulan yg tok buat adalah, lelaki yg tlg kawan aku tu (namanya dirahsiakan) huhu, adalah aku yang menerawang di alam astral tanpa di rancang, dan mmg rupa kita di alam lain, berbeza dgn alam sana (aku tatau alam mana yg di maksudkan)..

So..sekian la cite karut aku utk bulan ni.. nak caya caya, tanak caya pun takpe.. sbb aku pun tak bape nak caya gak sbnrnya hahaha.. sbb aku mmg takda menuntut apa2 ilmu.. yg ada pun silat gayong.. tu pun tak abis.. nanti ada cite katun lagi aku tulis lagi ehh.. Assalamualaikum.. and terima kasih kerana sudi membaca.. daaaaaa













No comments:

Post a Comment